SEORANG suami berhati binatang tergamak melontar isterinya daripada sebuah bangunan tinggi di Yugorsk, Rusia.
Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak Selasa memaparkan seorang wanita yang hanya mengenakan seluar hitam tercampak keluar dari sebuah bangunan.
Memetik laporan media USA Crime, wanita tersebut dilempar keluar oleh suaminya dari balkoni rumah mereka.
Difahamkan, insiden itu berlaku pada 14 Oktober lalu sebelum tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 21 saat sejak Selasa.
Namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Pihak berkuasa tempatan masih menjalankan siasatan langsung berhubung kes tersebut.
Sehingga kini, wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram