SATU pergaduhan antara kadet Kementerian Pengangkutan ketika selesai majlis pelantikan pegawai yang berlaku di Monas, Indonesia, pada Selasa.
Rakaman video tersebut tular di laman Twitter yang dikongsikan oleh Drberseragam dan telah mendapat tontonan sebanyak 20.4 juta.
Menerusi rakaman tersebut, sekumpulan kadet dilihat saling memukul dan menolak antara satu sama lain. Mereka dilihat masih mengenakan pakaian seragam ketika aksi ganas tersebut.
Menurut maklumat dari saksi, kekecohan tersebut berlaku selepas majlis selesai dan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat masing-masing.
Ketua Polis Daerah Gambir, Binsar H Sianturi berkata, kekecohan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.
Katanya, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.
Pegawai Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati menyatakan, kadet yang terlibat dalam kekecohan tersebut akan dikenakan hukuman dan digantung tugas.
Tambahnya lagi, pihak institusi perlu mengawasi tingkah laku ahli kadet yang terlibat agar tidak berlaku lagi kekecohan seperti itu.
Kejadian yang berlaku ini adalah bersifat individu, bukan institusi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram