[VIDEO] Hanya kerana kupon, lebih 20 pelanggan pasar raya bergocoh, siap angkut alat pemadam api jadi 'senjata'


  • Benua
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan pergaduhan di sebuah pasar raya di St. Louis, Amerika Syarikat pada Rabu.

TULAR rakaman video pergaduhan membabitkan pengunjung di sebuah pasar raya di St. Louis, Amerika Syarikat pada Rabu.

Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 58 saat sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, terdapat beberapa individu sedang bergaduh termasuk membaling objek dan menyembur alat pemadam api antara satu sama lain.

Insiden kekecohan tersebut dipercayai berlaku disebabkan salah faham berhubung kupon yang digunakan salah seorang pengunjung telah tamat tempoh sebelum berlaku pergaduhan di pasar raya terbabit.

WhatsApp Image 2022-10-13 at 11.53.55 AM

Beberapa individu menyembur alat pemadam api dalam insiden tersebut.

Menurut laporan KMVO4, polis sedang menyiasat insiden pergaduhan tersebut bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Lebih 20 orang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut sehingga individu tidak bersalah terperangkap dalam insiden terbabit.

"Kejadian tersebut menyebabkan pasar raya terbabit terpaksa ditutup beberapa hari bagi membolehkan proses baik pulih dapat dilakukan. Banyak barangan dan harta benda rosak akibat pergaduhan tersebut," katanya.

Tambah KMVO4, polis telah mengenal pasti individu yang mencetuskan keadaan huru-hara dan bersedia untuk mendakwa mereka untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, rata-rata netizen mengecam pergaduhan tersebut yang disifatkan seperti kebudak-budakan.

"Disebabkan hal kecil habis semua benda nak bergaduh padahal boleh selesaikan elok-elok," jelas Justin.

"Masalah tidak akan selesai dengan pergaduhan, orang yang tak bersalah pun terlibat dan terpaksa keluar cari pasar raya lain," kata Amber.

"Ini akan terjadi bila manusia tak dapat kawal perasaan marah, semua benda nak selesaikan dengan bertumbuk dan rosakkan harta benda,"luah Royce. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram