Lupakan Timur Tengah, DNA Korea calon import sesuai dengan taktikal Penang FC


  • Podium
  • Jumaat, 21 Okt 2022

Peminat merasakan corak permainan Hilal El-Helwe tidak serasi dengan liga tempatan.

SELEPAS mempamerkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada saingan Liga Malaysia musim ini penyokong pastinya mahukan Penang FC membuat perubahan dalam kalangan pemain agar bagi memperkukuhkan skuad mereka pada musim depan.

Walaupun menukar seramai dua pengendali pada musim ini, ia masih tidak dapat membantu Penang FC memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan liga.

Lebih malang lagi, skuad Harimau Kumbang hanya mampu meraih dua kemenangan daripada 22 perlawanan yang sekali gus meletakkan pasukan tersebut di tangga terakhir Liga Super 2022.

59426808_3219915438034572_212813701076484096_n

Kang Seung-jo — Gambar FB/Penang FA

Pada masa sama, dengan penamatan kontrak pemain import mereka dari Lubnan, Hilal El-Helwe, peminat berharap agar pihak pengurusan memberikan pembaharuan dalam kalangan pemain import.

Seorang penyokong skuad Haria Penang Haria, Aiman MSuhaimie berpendapat sudah tiba masanya pasukan itu menggunakan 'DNA Korea' seperti musim yang lalu.

"Terima kasih Hilal, sudah dua tahun berturut-turut Penang FC gunakan khidmat pemain import dari Timur Tengah tapi sayang corak permainan depa (mereka) macam tak sesuai dengan liga kita.

"Depa sangat struggle nak berikan yang terbaik buat pasukan. Jadi cadangan untuk musim depan mungkin Penang FC boleh kembali dapatkan khidmat pemain dari Korea atau Jepun untuk kuota Asia seperti mana beberapa musim lepas.

"Kita dapatkan khidmat pemain dari Korea, Lee Gil Hoon, Jeong Seok-Min, Kang Seung-jo dan Lee Chang Hoon," tulisnya.

297639606_492326809560474_6680896417093485637_n

Lee Chang Hoon — Gambar FB/SarawakUnitedFC

Untuk rekod pemain Gil Hoon pernah menyarungkan jersi Penang FC pada tahun 2014 sehingga 2016.

Sama seperti Gil Hoon, Seok-Min juga pernah beraksi bersama skuad Harimau Kumbang pada musim 2016 sebelum bersara tahun 2017. Sepanjang karier bersama skuad itu, dia berjaya meledak lima gol dalam 10 penampilan.

Seung-jo pula berkhidmat selama dua musim bersama Penang FC selepas menyertai pasukan itu pada 2018. Dia terus terlibat dalam kancah Liga Malaysia apabila menyertai Kelantan FC untuk musim 2020.

MG_8256_FA-Penang_FA-Penang-600x500

Jeong Seok-Min (kanan) — Gambar/Penang FA

Pemain Sarawak United FC, Lee Chang Hoon juga pernah menyarung jersi skuad Harimau Kumbang pada tahun 2020.

Sementara itu, Faizal Jalil turut bersetuju agar kuota import Penang FC diberikan kepada pemain Korea.

"Dari segi game dan taktikal Liga Malaysia, rasanya Korea Selatan adalah pilihan tepat untuk pemain import Penang FC," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram