[VIDEO] Mati-mati ingatkan pocong, 1 kampung terperanjat jenazah berbalut kain kafan dihanyutkan air deras


  • Benua
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan situasi buruk melanda keadaan tanah perkuburan di Indonesia apabila jenazah dihanyutkan air deras.

HUJAN lebat yang melanda telah mengakibatkan pelbagai kesusahan dan kerosakan apabila berlakunya bencana banjir di sesebuah kawasan.

Turut terkesan dengan situasi itu, tanah perkuburan juga menghadapi masalah besar apabila jenazah terpaksa dikebumikan dalam keadaan tanah yang ditenggelami air.

Situasi itu boleh digambarkan apabila jenazah di tanah perkuburan Desa Padangan, Kecamatan Ngantru, Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia dihanyutkan oleh air banjir yang melanda perkampungan itu baru-baru ini.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman kejadian itu menerima lebih 6,000 jumlah tontonan setakat ini.

Berdasarkan video itu, mayat tersebut kelihatan masih lengkap dengan kain kafan berwarna putih keperangan.

Difahamkan, situasi itu berpunca akibat banjir buruk yang melanda sehingga mengakibatkan mayat tersebut terkeluar daripada tanah.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan berhubung kejadian itu.

“Sebaiknya jenazah itu segera diuruskan semula bagi menghindari daripada sebarang fitnah ataupun persepsi buruk daripada masyarakat,” kata faisal.arif.faisal.

“Hanya ALLAH sahaja yang tahu kenapa perkara itu terjadi, setiap apa yang berlaku itu akan dibalas sesuai dengan amal perbuatannya,” jelas halimatussadiyah300.

“Kejadian seperti ini sepatutnya tidak dikongsikan, aib dan malu keluarganya,” tambah nahrowiaden.

Mat 3 suku pula berkata: Seramnya... mati-mati ingatkan pocong tadi." — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram