
TULAR satu video memaparkan seekor gajah cuba masuk ke dalam sebuah bas yang dipercayai berlaku di India, pada Sabtu.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh Dipanshu Kabra di laman Twitter dengan ciapannya yang berbunyi, 'Cuti Deepavali, semua orang nak cepat'.
Klip video berdurasi 14 saat itu memaparkan seekor gajah yang dilihat meluru ke arah sebuah bas dan 'menahan' bas tersebut dari terus bergerak seolah-olah seperti orang awam yang memanggil bas.
Gajah itu dilihat seperti berusaha untuk masuk ke dalam bas namun tidak berjaya.
Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku.
Rakaman video ini mendapat perkongsian sebanyak 138 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa lucu dengan gelagat gajah itu.
Namun warganet merasakan situasi tersebut pastinya mendebarkan buat para penumpang dan juga pemandu bas.
"Gajah tu nak tumpang balik Deepavali, jangan halau," komen Faizan Ahmad.
"Gajah tu comel tapi seram la kalau jadi depan mata macam tu," luah Aman.
"Semua kelam-kabut nak balik Deepavali," seloroh Vikas.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram