‘Into the scene’, giliran bek kiri Sri Pahang ‘sakat’ Caprice


  • Podium
  • Sabtu, 22 Okt 2022

Peluang Fandi Othman untuk beraksi di padang sedikit terbatas pada musim ini. — Sri Pahang FC

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi rap, Caprice menjadi buah mulut selepas dilihat komited melakukan siasatan bagi membongkar salah laku individu yang terlibat dalam kes gangguan seksual.

Bukan itu sahaja, namanya turut terpalit apabila cuba masuk campur dalam kes seorang guru dikenali sebagai Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang menjadi bualan hangat masyarakat.

Nama usahawan itu sekali lagi menjadi bualan apabila menuntut syarikat pasar raya, Mydin membuat permohonan maaf kepadanya atau berdepan tindakan saman RM30 juta.

Perkara itu adalah gara-gara dia terasa hati dengan satu ciapan di laman Twitter pasar raya itu yang memetik nama 'cap' dan 'rice'.

Mydin menerusi hantaran di Twitter menulis: "Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam".

Tidak terhenti setakat itu, Caprice itu turut menjadi bahan usikan pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fandi Othman ketika penyanyi itu membuat hantaran di laman Instagram.

Menerusi Instagram, Caprice menulis: "Salam Jumaat, jangan lempar batu sembunyi tangan, sama-sama kita bantu dan bangkitkan umat. Insya-ALLAH selamat. #majukedepan".

Fandi Othman kemudiannya membalas: "Salam boss, maaf tanya, nama dalam IC (kad pengenalan) boss cap bin rise ke?"

Balas Caprice: "Salah, it is actually cap bin crazy".

Perkara itu menerima perhatian ramai apabila Fandi juga bukanlah satu nama yang tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila kehadirannya diminati peminat tegar skuad Tok Gajah.

WhatsApp Image 2022-10-22 at 3.49.49 PM

Tangkap layar perbualan Caprice dan Fandi Othman di Instagram.

Meskipun jarang beraksi musim ini, pengalamannya dalam arena sukan itu cukup dikenali selepas pernah beraksi di Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC.

Musim ini, peluang Fandi sedikit terbatas apabila ketua jurulatih interim, Datuk Dollah Salleh meletakkan kepercayaan ke atas pemain lebih muda, Azwan Aripin di posisi pertahanan kiri.

Namun, aksi usik-mengusik itu berjaya mencuit hati penyokong bola sepak, termasuk orang ramai yang seakan-akan sudah melupakan kehadirannya di bangku simpanan Sri Pahang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Fandi Othman, Sri Pahang FC, Caprice, Mydin, saman