[VIDEO] Berebut jaga anak, suami penggal kepala isteri tengah jalan raya


  • Benua
  • Selasa, 25 Okt 2022

Suspek dibawa ke hospital selepas dibelasah orang ramai yang berada di lokasi kejadian. — Agensi

SEORANG lelaki dikenali sebaga Indra Syahputra, 34, tergamak memenggal kepala isterinya, Nurmaya Santi Siregar, 28, gara-gara berebutkan dua anak mereka pada Sabtu lalu.

Kejadian pembunuhan itu berlaku di Jalan Mandala, Medan, Indonesia sebelum dihalang oleh orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

Menurut polis, sebelum kejadian, mangsa bertemu dengan suaminya di hadapan Balai Polis Trafik Percut Seituan.

Ketika itu, mangsa bertemu dengan suaminya untuk mengambil dua orang anak mereka yang sebelum itu berada di pusat jagaan.

Namun, ketika mangsa mahu mengambil anak-anaknya, lelaki itu enggan membenarkannya dan berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Mangsa kemudian bertegas dan mengambil kedua-dua anak itu sebelum berlaku dengan menaiki motosikal beca.

Tanpa disedari, lelaki itu mengekori mangsa sebelum dengan sengaja merempuh motosikal beca itu di Jalan Mandala.

Lelaki itu kemudian bertindak memenggal kepala isterinya dengan menggunakan parang sebelum menetak muka mangsa dan anggota tubuhnya.

Suspek kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum dibelasah hingga nyawa-nyawa ikan.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian manakala dua anak-anaknya juga cedera terkena libasan parang.

Suspek kini ditahan polis dan motif utama kejadian masih dalam siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram