[VIDEO] Sempat bagi salam dan tersenyum, pembunuh botak dirakam tolak troli berisi mayat


  • Benua
  • Jumaat, 21 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang pembunuh lelaki tersenyum ketika menolak mayat di dalam sebuah troli.

TINDAKAN seorang pembunuh lelaki yang tenang membawa mayat di dalam sebuah lif, mengundang perhatian warganet apabila kejadian itu dipercayai merupakan satu kes pembunuhan kejam.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), insiden itu berlaku di sebuah pangsapuri di Tol Becakayu, Kota Bekasi, Jakarta Timur, Indonesia.

Ketika kejadian, pembunuh terbabit difahamkan mahu membuang mayat tersebut dengan membawanya menggunakan sebuah troli.

Berdasarkan video itu, suspek lelaki berbaju putih dan kepala botak itu dilihat tenang menolak sebuah troli berisi beg dan bantal yang dibalut plastik hitam.

Paling mencuri perhatian, suspek dilihat sempat tersenyum dan memberi salam kepada dua orang lelaki yang berada di dalam lif tersebut ketika kejadian.

Menurut laporan polis, situasi itu merupakan satu kes pembunuhan dan lelaki berkenaan ingin membuang mayat wanita tersebut.

Penjenayah itu kemudiannya berjaya ditahan polis selepas melihat rakaman (CCTV) di pangsapuri berkenaan.

Suspek dipercayai menaiki sebuah kereta berwarna putih dan mangsa merupakan bekas rakan sekerjanya.

Hasil siasatan mendapati, pembunuh terbabit bertindak membunuh mangsa di sebuah pangsapuri sebelum membungkus mayat dengan beg plastik hitam dan pita pelekat.

Namun, motif pembunuhan belum diketahui dan siasatan masih dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram