Sultan Nazrin perkenan bubar DUN — MB Perak


  • Politik
  • Isnin, 17 Okt 2022

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menjawab pertanyaan media selepas hadir program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin, Selinsing pada Isnin. — Bernama

DEWAN Undangan Negeri Perak dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Saarani Mohamad.

Jelas Menteri Besar Perak tersebut, beliau telah menerima surat daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membubarkan DUN berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya telah menghadap Sultan Nazrin untuk memohon pembubaran DUN pada Rabu lepas.

“Oleh itu, dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa saya menerima surat bahawa Sultan Perak telah memperkenankan permintaan itu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang,Tapah, Perak pada Isnin.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pembubaran Parlimen, membuka jalan kepada PRU15.

Pada Jumaat, Saarani telah dipanggil untuk menghadap Sultan Perak tetapi tidak mendedahkan tujuan pertemuan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram