[VIDEO] Ahli politik 'diterkam', tanpa segan silu baju ditarik, dicium wanita berusia


  • Benua
  • Isnin, 17 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang ahli politik 'diterkam' golongan wanita berusia di Purwakarta, Indonesia pada Ahad.

SEORANG ahli politik mendapat sokongan luar biasa hingga diterkam golongan wanita berusia dalam kejadian di Purwakarta, Indonesia pada Ahad.

Video berdurasi 37 saat tersebut tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai persepsi orang ramai.

Menerusi video berkenaan, seorang ahli politik dari daerah Purwakarta, Indonesia menghadiri program kesihatan sebelum 'diterkam' golongan wanita berusia.

Lebih memeranjatkan, golongan wanita tersebut turut menarik bajunya sebelum tiba-tiba mencium ahli politik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mencubit pipi ahli politik terbabit dipercayai akibat terlalu geram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pelbagai persepsi berbeza.

"Risau pula dengan keadaan sekarang, mudah betul dapat ciuman dari golongan emak-emak," kata Supardi.

"Terkejut ahli politik tu sampai dapat pelukan percuma, kalau tak menang juga lepas ini tak tahulah," jelas Wanti.

"Apa agaknya dia buat sampai diminati golongan ibu-ibu ni, mana yang bujang boleh cuba buat," luah Arman

"Geli pula tengok golongan berusia ni sampai cium pipi dan tarik-tarik baju. Harap tak berlaku lagilah selepas ini. Memalukan," kata Sapiah — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram