TULAR di media sosial video seorang guru membelasah seorang murid di sebuah sekolah menengah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di SMAN 2 Poso, Wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia.
Dalam kejadian itu, seorang guru tinggi lampai berkaca mata memarahi seorang pelajar yang hendak masuk ke dalam kelas.
Tidak hanya dimarahi, guru tersebut turut memukul belakang pelajar dari arah belakang ketika murid berkenaan sedang berjalan ke mejanya.
Dia bertindak menampar kepala dan menendang perut pelajar tersebut.
Tambah pelik apabila perlakuan serupa dilakukan guru terbabit kepada pelajar lain.
Bahkan telefon bimbit murid itu turut dirampas dan dibuang sambil dia mengeluarkan kata-kata kesat yang sepatutnya tidak dikatakan oleh seorang guru kepada muridnya.
Perbuatan itu juga disaksikan oleh pelajar lain yang ada di dalam kelas.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Menengah Provinsi Sulawesi Tengah, wilayah III Kabupaten Poso dan Touna, Alwi Achmad Musa mengesahkan kejadian itu.
Katanya, dia sudah mengarahkan pegawai pembangunan sekolah di Poso untuk menghubungi dan meminta informasi berhubung kejadian tersebut.
Setakat berita ini ditulis, punca amarah guru berkenaan masih belum dapat dipastikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram