[VIDEO] Spiderman tiba-tiba muncul dalam kereta api di India, cetus fenomena kalah filem Bollywood


  • Benua
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki bergayut pada palang kereta api sehingga digelar Spiderman India.

SEORANG lelaki di India digelar 'Spiderman' kerana video yang memaparkan kelincahannya bergayut dalam kereta api tular di media sosial sejak Khamis.

Kejadian ini berlaku di India dan rakaman video tersebut telah mendapat 37,000 tontonan.

Menerusi rakaman video itu, jelas kepadatan dalam kereta api tersebut serta beberapa penumpang selamba baring di lantai kereta api memenuhkan lagi ruang sedia ada.

Oleh itu, seorang lelaki bertindak untuk bergayut pada palang kereta api bagi bergerak ke gerabak lain.

Kelincahannya bergerak dari satu palang ke palang yang lain menarik perhatian orang ramai dan mereka terlihat mengagumi kekuatan tangan lelaki tersebut.

Kelihatan penumpang-penumpang teruja dengan tindakan lelaki itu dan kesemua penumpang ketika itu melihat dan bersorak kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menggelarkannya sebagai 'Spiderman' India, selain berkongsi meme.

"Wah, tak sangka dah sampai India Spiderman, bila lagi nak sampai sini? Untung-untung boleh mengundi... PRU kan nak dekat," kata Mak Joyah.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram