SEORANG lelaki yang didakwa mencuri pastinya menyesal seumur hidup melakukan perbuatan itu selepas dia 'dihukum gantung' sejauh 10 kilometer (km) di tingkap kereta api.
Kejadian itu yang berlaku di Bihar, India dilaporkan berpunca daripada tindakan lelaki itu yang cuba merampas telefon bimbit salah seorang penumpang daripada luar tingkap tren.
Malang menimpa dirinya apabila tren tersebut mula bergerak secara tiba-tiba dan mengakibatkan separuh badannya tersangkut di tren tersebut.
Saat kereta api mula bergerak, dia merayu untuk tidak dilepaskan dan diselamatkan oleh penumpang melalui tingkap.
Bergerak sejauh 10km dari Begusarai, pencuri itu berpaut pada tangan penumpang sehingga perhentian di stesen Khagaria, namun dia dilaporkan berjaya melarikan diri sebaik berhenti.
Beberapa hari kemudian, seorang lagi pencuri yang digelar 'Spiderman' ditangkap apabila mencuri dompet melalui tingkap tren di stesen Bihar.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meninggalkan komen berhubung kejadian tersebut.
"Pencuri itu memang patut digantung seperti itu, tetapi sayang kerana dia terlepas dan berjaya melarikan diri," kata Umarwarraich
"Hukuman yang setimpal dengan perbuatan pencuri itu, sepatutnya jangan dilepaskan dan terus bawa ke balai polis," tambah Kameswara. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram