[VIDEO] Tak cukup perang mulut, 2 wanita cetus drama tarik rambut gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta api


  • Benua
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Tangkap layar dua wanita bergaduh kerana berebut tempat duduk di dalam sebuah gerabak kereta api.

DUA wanita terlibat dalam pergaduhan di dalam gerabak kereta api yang dipercayai berpunca kerana berebut tempat duduk.

Meskipun alasan tersebut kedengaran lucu, namun itulah yang berlaku antara wanita terbabit sehingga mencetuskan kekecohan apabila kedua-dua enggan bertolak-ansur.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, wanita yang memakai baju berwarna biru menarik rambut, memarahi dan memukul salah seorang penumpang.

Penumpang yang mengenakan baju berwarna hitam itu kemudian membalas pukulan wanita terbabit dengan menarik rambut dan memukulnya beberapa kali.

Rakaman yang menunjukkan dua wanita bergaduh kerana berebut tempat duduk.

Menurut saksi, kejadian yang berlaku di Mumbai, India itu berpunca apabila seorang warga emas cuba untuk memberikan tempat duduk yang kosong buat cucunya.

Bagaimanapun wanita yang berbaju hitam itu duduk terlebih dahulu di bangku kosong berkenaan. Disebabkan keadaan gerabak yang sesak dengan penumpang, peluang untuk mendapat tempat duduk agak terhad.

Disebabkan itu, wanita berbaju biru yang juga cucu kepada nenek terbabit berasa tidak puas hati dan memarahi wanita berkenaan sekali gus mencetuskan kekecohan.

Sebilangan penumpang dilihat menyokong pergaduhan kedua-dua wanita berkenaan, namun ada juga yang berusaha menenangkan mereka.

Dua wanita itu kemudian menghentikan pergaduhan dan duduk secara berasingan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram