Bakal pengantin maut dipanah petir semasa 'photoshoot'


  • Benua
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia. — Agensi

SEORANG bakal pengantin maut dipanah petir ketika sedang bergambar sebelum majlis perkahwinannya di sebuah kawasan pelancongan terkenal di China.

Tragedi itu berlaku pada Rabu di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan, China.

Lelaki bernama Ruan itu terkena panahan petir semasa sesi penggambaran perkahwinan bersama tunangnya di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular di negara tersebut.

Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, lapor akhbar South China Morning Post.

Walaupun ribut petir melanda, pasangan itu dilaporkan memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka.

Orang ramai yang berdiri berhampiran mangsa termasuk tunangnya begitupun tidak cedera.

Pihak berkuasa cuaca tempatan mengeluarkan amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat China kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram