[VIDEO] Panik kereta polis datang, mat-mat rempit kelam-kabut tolak motosikal tak hidup 'sampai Danok'


  • Tular
  • Selasa, 11 Okt 2022

Tangkap layar sekumpulan penunggang motosikal disyaki mat rempit disergah anggota polis yang tular di media sosial.

GELAGAT lucu sekumpulan 'mat rempit' bertempiaran lari selepas sebuah kereta peronda polis (MPV) tiba-tiba datang ketika mengisi minyak mengundang gelak tawa netizen.

Kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak pada Ahad sebelum tular di media sosial.

Pada masa sama, netizen turut terhibur dengan gelagat anggota polis tersebut yang tidak dapat menahan ketawa melihat aksi lucu penunggang motosikal terbabit.

WhatsApp Image 2022-10-11 at 1.36.15 PM

Sekumpulan penunggang motosikal disyaki mat rempit bertempiaran lari selepas kereta peronda tiba-tiba datang.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal hendak mengisi minyak sebelum menyedari kehadiran kereta peronda.

Seorang anggota polis tiba-tiba keluar dari kereta dan keadaan menjadi panik sehingga salah seorang penunggang tidak sempat menghidupkan motosikal sebelum kelam-kabut menolak motosikal untuk melarikan diri.

"Nakal juga abang polis ni, kesian adik tu panik sampai tak boleh start motosikal, habis ditolaknya motosikal tu sampai ke Danok," seloroh Amyliza.

"Terbahak-bahak tengok polis tu sampai tertunduk gelak. Boleh tahan nakal abang polis ni menyakat," kata Jessnita.

"Dengar cerita budak tu tolak motosikal sampai Kelantan tanpa henti, apalah nasib budak tu," jelas Ahmad.

"Agaknya budak tu mesti menyumpah bila kenang balik kena tolak motosikal, siapa tak panik tiba-tiba kereta peronda berhenti depan kita. Tak salah pun rasa ada buat salah," seloroh Jihad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram