Budak lelaki rebah, jadi mangsa langgar lari suspek penunggang motosikal wanita


  • Benua
  • Rabu, 12 Okt 2022

Tangkap layar insiden seorang budak dilanggar lari oleh seorang penunggang motosikal wanita.

SEORANG kanak-kanak lelaki nyaris maut dirempuh sebuah motosikal ketika sedang berjalan di hadapan deretan rumah pada Selasa.

Menerusi satu video tular, kanak-kanak lelaki itu pada mula bersama dua lagi rakannya sedang berjalan di Jalan Pendapatan Kongsi Ujung, Marindal, Indonesia.

Bagimanapun, sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita telah berhenti di hadapan kanak-kanak itu.

Secara tiba-tiba, muncul sebuah lagi motosikal juga penunggangnya seorang wanita dengan laju telah melanggar kanak-kanak itu.

Penunggang wanita itu bagaimanapun tidak memberhentikan motosikalnya dan terus berlalu pergi.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak itu berada dalam kesakitan sebelum dibantu penduduk setempat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram