[VIDEO] Sampai tergolek kena 'SmackDown' dengan monyet


  • Benua
  • Selasa, 11 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan aksi seekor monyet melakukan 'SmackDown' ke atas seorang lelaki di India.

TINDAKAN seorang lelaki cuba menghalau seekor monyet bertukar malang selepas haiwan berkenaan melakukan aksi SmackDown sehingga mangsa tergolek diserang haiwan berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di India baru-baru ini selepas lelaki terbabit cuba menghalau monyet berkenaan keluar dari kawasan rumahnya.

Aksi luar biasa haiwan berkenaan berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi lapan saat sebelum tular di media sosial.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi bijak monyet berkenaan membalas dendam selepas dimarahi.

"Monyet pun pandai buat aksi wrestling, makin bijak haiwan ni," kata Amrizan.

"Jangan dijolok sarang tebuan, ni salah satu contoh terbaik. Kita rasa kita bijak sekali kena macam ni, mampu gelak sajalah," luah Kamalia.

"Nasib baik monyet tu tak bawa geng, kalau seekor pun dah tergolek apatah lagi kalau geng dia datang," jelas Alyzza.

"Mana agaknya monyet ni belajar wrestling, mengimbau kenangan betul bila tengok balik," kata Jaafar.

Tidak dapat dipastikan apakah kesudahan antara mangsa dan haiwan berkenaan selepas insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram