KECOH sekampung apabila seorang isteri mengamuk selepas mengetahui suaminya sedang berkaraoke dan berhibur bersama gadis dangdut dalam sebuah majlis perkahwinan di Indonesia baru-baru ini.
Ketika kejadian, wanita terbabit terlebih dahulu menaiki pentas untuk berjumpa dengan pasangan pengantin namun alangkah terkejutnya dia apabila terserempak dengan suaminya yang sedang sakan menyanyi.
Geram dengan perbuatan suaminya, wanita terbabit kemudiannya terus memukul dan menampar lelaki berkenaan di atas pentas.
Rakaman video itu dimuat naik di laman Instagram dan menerima lebih 48,000 jumlah tontonan setakat ini.
Meskipun dipukul dan diheret pulang ke rumah, lelaki terbabit dilihat enggan mengalah sebaliknya terus berada di pentas dan mendiamkan diri.
Melihatkan situasi getir itu, pengacara majlis turut membuat pengumuman dan mengarahkan lelaki berkenaan agar turun dan pulang ke pangkuan isterinya.
Namun, lelaki berkenaan masih tidak berganjak dan mengabaikan pengacara terbabit walaupun beberapa kali diarahkan untuk beredar.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan kecaman berhubung isu tersebut.
“Memang suami takut isteri, si suami cuma mahu menyanyi di atas pentas tetapi isteri pula yang cemburu buta jadi nampak sangat si isteri lebih dominan dalam rumah tangga,” kata reztyblue.
“Ya mungkin wanita itu sedang marah tetapi mana boleh menampar dan memukul suami seperti itu di khalayak ramai, itu kan aib hal rumah tangga dan suami kamu,” jelas novitasyari.
“Sepatutnya kalau marah sekalipun perlu diselesaikan di rumah bukannya menimbulkan kekecohan depan ramai, apatah lagi memukul suami,” tambah nanafitda6631. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram