AKSI jelik seorang penyanyi Indonesia ketika melakukan persembahan di atas pentas mengundang rasa jijik dan hilang hormat dalam kalangan peminat.
Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok @simp for L, Rizki Rahmadian Pamungkas yang memakai sut coklat dilihat menggosok telefon bimbit milik salah seorang peminat pada alat sulitnya.
Video berdurasi 16 saat itu kemudian memaparkan, penyanyi berusia 29 tahun tersebut memulangkan semula telefon bimbit peminatnya.
Aksi mengejut Pamungkas itu sekali gus menerima jeritan daripada peminatnya, yang hadir dalam Synchronize Festival 2022 di Jakarta, Indonesia.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu To The Bone itu kemudian dilihat mengambil telefon bimbit peminatnya yang lain, namun kali ini bagi merakam detik-detik beliau ketika membuat persembahan.
Tidak beberapa lama kemudian, video berkenaan dipadam oleh @simp for L, namun masih berlegar-legar di platform media sosial yang lain.
Bukan itu sahaja, tanda pagar #Pamungkas dan #Jijik berkaitan penyanyi tersebut menjadi trending di laman Twitter pada Sabtu pagi.
Ramai yang terkejut dengan aksi Pamungkas kerana penyanyi itu sebelum ini dikenali mempunyai imej baik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram