[VIDEO] Hilang sabar, wanita tudung labuh terajang suspek kaki cabul, pecah rumah


  • Benua
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertudung labuh menerajang suspek kes pecah rumah dan cabul.

SEORANG wanita bertudung labuh tidak dapat menahan sabar dan bertindak menendang seorang lelaki yang ditangkap kerana memecah masuk sebuah rumah dan cuba mencabul seorang wanita.

Kejadian berlaku di Desa Sampali, Percut Seituan, Indonesia pada Jumaat dan suspek turut dipukul beberapa penduduk kampung yang lain ketika ditahan.

Tindakan wanita bertudung labuh itu bersama penduduk kampung yang lain juga sempat dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Percut Seituan, Ambat Albar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang.

"Suspek sebelum itu masuk ke dalam rumah mangsa dan mengambil dua buah telefon bimbit.

"Ketika kejadian juga, suspek sempat membuka seluar dan menunjukkan alat kemaluannya di depan mangsa.

"Bagaimanapun, kejadian itu berjaya disedari penduduk kampung yang lain sebelum suspek ditangkap dan pukul," katanya.

Tambah Ambat, suspek kini sudah ditahan untuk disoal siasat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram