MAYAT seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai mangsa bunuh dan rogol ditemui di sebuah ladang sekoi berhampiran rumahnya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Uttar Pradesh, India.
Menurut ayah mangsa, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Isnin.
"Anak saya pergi ke kawasan ladang itu untuk membuang air tetapi tidak pulang sehingga lewat petang.
"Kami cuba mencari dan akhirnya menemui anak saya tanpa seurat benang dan hanya ada sehelai kain di lehernya.
"Tanaman di ladang itu juga rosak dan saya percaya anak saya diheret antara 30 ke 40 meter oleh suspek sebelum dia melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.
Sementara itu, Superintendan Auraiya, Charu Nigam berkata, mangsa tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan pada badan itu tetapi mereka akan menyiasat kes itu dari semua sudut.
Dalam perkembangan lain, orang awam berkongsi satu rakaman video menunjukkan pihak polis tergesa-gesa membawa keluar mayat gadis malang tersebut dari lokasi berkenaan.
Setakat berita ini ditulis, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes jenayah tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram