Padah ganggu upacara di kuil, sekumpulan lelaki kena ikat, rotan


  • Benua
  • Rabu, 05 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan polis merotan sekumpulan individu beragama Islam yang dituduh membuat kacau upacara keagamaan di sebuah kuil

SEKUMPULAN lelaki beragama Islam ditahan selepas membuat kekacauan melempar batu pada upacara keagaamaan Navrati Garba.

Sususlan penahanan itu, mereka turut diikat dan dirotan di sebatang tiang di daerah Gujarat Kheda, India.

Orang awam yang berada di tempat kejadian turut bersorak dengan tindakan polis tersebut.

Saluran berita tempatan VTV Gujarati News turut berkongsi rakaman video itu.

Dalam rakaman video tersebut kedengaran pihak polis meminta sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden itu meminta maaf di khalayak ramai.

Dalam perkembangan lain, First Information Report (FIR) melaporkan insiden itu berlaku selepas komuniti masyarakat Islam di kampung tersebut membantah acara itu dianjurkan berhampiran masjid, yang terletak di seberang kuil.

Timbalan Penguasa Polis VR Bajpai berkata, polis menahan 13 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

"Ketua kampung menganjurkan upacara keagamaan di sebuah kuil dan sekumpulan lelaki cuba menghalangnya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Upacara Kuil, Islam, Benua, Diikat, Dirotan