DUA kumpulan lelaki yang melakukan aksi kejar-mengejar mengundang kebimbangan penduduk di Kota Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.
Lebih membimbangkan, mereka turut membawa senjata tajam dipercayai pisau dan sabit.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut yang tular di media sosial mendapat pelbagai respons daripada netizen.
"Ngeri. Tak sedih ke bila ibu bapa melihat mereka?
"Di mana pihak berkuasa?" demikian antara persoalan timbul.
Bagaimananapun tidak dapat dipastikan punca dua kumpulan geng motosikal itu beraksi sedemikian.
Difahamkan, video tersebut berlaku di Jalan Mawar Padurenan, dekat Mustika Jaya, Kota Bekasi pada 13 September lalu.
Sebelum ini, anggota Balai Polis Resto Kota Bekasi sudah melakukan rondaan di lokasi kejadian sepanjang bulan lalu.
"Pasukan peronda polis melakukan rondaan untuk meningkatkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan masyarakat, khususnya di kawasan Kota Bekasi," tulis laman Instagram @restorekasikota_official.
Laluan rondaan termasuk di Jalan Pangeran Jayakarta, Jalan Boulevard Sumarecon, Jalan Perjujaan, Prima Regensi, Jalan Tuluk Pucung, Jalan Barujujaan, Jalan Agus Salim, Jalan Djuanda, Terminal Bekasi, Bekasi Bulak Station,Kalimas dan Ahmad Yani St.
Tiada tangkapan dilaporkan sepanjang rondaan dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram