[VIDEO] Penduduk panik, serbu balai polis gara-gara takut 'hantu'


  • Benua
  • Ahad, 02 Okt 2022

Tangkap layar entiti misteri itu berpakaian putih dan kelihatan di salah satu bumbung kawasan berkenaan. — Agensi

TULAR video menunjukkan figura seperti hantu di atas teres mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Varanasi, Uttar Pradesh, India.

Berikutan ketakutan yang dialami penduduk kampung itu, mereka telah melaporkan kepada pihak polis.

Dalam klip itu menunjukkan entiti misteri itu berpakaian putih dan kelihatan di salah satu bumbung kawasan berkenaan.

Rakaman video menunjukkan entiti berpakaian putih itu.

Seorang pengguna media sosial mendakwa bahawa hantu tidak sepatutnya kelihatan dalam cermin dan kamera.

Menurut laporan dari Deccan Herald, video itu dirakam di koloni Pihak Berkuasa Pembangunan Varanasi (VDA).

Ia disebarkan di platform media sosial menyebabkan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan.

Satu kes didaftarkan terhadap di Balai Polis Bhelupur berdasarkan aduan penduduk.

“Terdapat ketakutan di kalangan rakyat. Atas aduan mereka, kami telah membuat FIR (Laporan maklumat pertama) terhadap orang yang tidak dikenali dan telah meningkatkan rondaan di kawasan itu,” kata inspektor polis, Balai Polis Bhelupur, Ramakant Dubey.

Sementara itu, Ramakant menolak dakwaan melihat hantu itu dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan video sedemikian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram