[VIDEO] Biawak komodo jelir lidah masuk pasar, peniaga sampai panjat meja risau diterkam


  • Benua
  • Ahad, 02 Okt 2022

Tangkap layar video yang memaparkan seekor biawak komodo masuk ke dalam sebuah pasar di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

PENIAGA di sebuah pasar di Labuan Bajo, Indonesia berdepan detik cemas apabila seekor biawak komodo masuk ke lokasi perniagaan mereka baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial, biawak komodo berwarna gelap itu merayap di atas lantai sambil menjelirkan lidahnya.

Menerusi video tersebut juga, beberapa peniaga dilihat duduk di atas meja jualan mereka untuk mengelak daripada diserang biawak komodo itu.

Sambil menjelirkan lidahnya, biawak komodo itu dilihat seperti sedang mencari sesuatu.

Untuk rekod, biawak komodo merupakan haiwan yang berisiko mengancam nyawa manusia jika diterkam.

Nasib biawak komodo itu begitupun tidak diketahui kesudahannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram