SEORANG wanita dilaporkan kritikal selepas dirempuh roller coaster ketika mahu mengambil telefon bimbitnya dalam kejadian di Melbourne, Australia pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Shylah Rodden berusia 26 tahun kini sedang bertarung nyawa di hospital selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, pinggang, tangan dan kaki.
Video berdurasi 11 saat itu memaparkan mangsa yang dirempuh roller coaster sebelum tercampak hampir sembilan meter dari lokasi rempuhan tersebut.
Menurut keluarga Shylah Rodden, mangsa kini berada dalam keadaan koma dan masih tidak sedarkan diri sejak kejadian.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa secara tiba-tiba memasuki trek roller coaster tanpa pengawasan mana-mana pihak untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh.
Insiden tersebut menyebabkan taman tema itu ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
