[VIDEO] Tentera rejim bertindak ganas tolak warga emas sampai berdarah kepala


  • Benua
  • Khamis, 29 Sep 2022

Tangkap layar kekerasan berlebihan yang dilakukan tentera Israel terhadap seorang lelaki warga emas.

KEKEJAMAN dan kekerasan berlebihan yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin adalah sesuatu tindakan luar batas kemanusian.

Malah keganasan serta keangkuhan ditunjukkan tentera Israel banyak mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Keganasan tentera Yahudi itu bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memusnahkan ribuan kediaman rakyat Palestin sehingga mengakibatkan kesengsaraan melampau dalam siri serangan dan konfrontasi rejim Zionis itu sebelum ini.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan kekejaman seorang tentera Israel menolak dengan kasar seorang lelaki tua sehingga jatuh terlentang di Baitulmaqdis, Palestin pada Selasa.

WhatsApp Image 2022-09-29 at 7.43.18 PM

Warga emas tersebut kelihatan tidak sedarkan diri selepas jatuh terlentang.

Tindakan itu bukan sahaja mengundang rasa marah orang ramai namun mengutuk kekerasan yang dilakukan.

Menerusi video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial itu memaparkan seorang lelaki warga emas ditolak dengan kasar.

Tolakan itu menyebabkan mangsa jatuh terlentang dan kelihatan seperti tidak sedarkan diri bahagian kepalanya mengalami pendarahan.

Lebih menyakitkan hati, tentera Israel juga dilihat menghalau dan tidak membenarkan individu lain membantu mangsa.

Tindakan itu membangkitkan lagi kebencian terhadap Israel yang bertindak tanpa perikemanusiaan dan rata-rata pengguna media sosial mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib warga emas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram