TINDAKAN seorang pemandu mendiamkan diri di dalam kereta selepas disyaki melanggar kanak-kanak membangkitkan kemarahan penduduk di Tomohon, Sulawesi Utara, Indonesia pada Rabu.
Menerusi sebuah video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai penduduk di kawasan Tomohon, Indonesia mengamuk dengan tindakan pemandu kereta berkenaan.
Lelaki terbabit dipercayai hanya mendiamkan diri di dalam kereta dan tidak turun membantu kanak-kanak yang dilanggarnya.
Tindakan pemandu itu mencetuskan kemarahan penduduk yang menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Terdapat juga beberapa lelaki memanjat kereta dan menjerit meminta pemandu itu keluar namun dia masih mendiamkan diri.
Bagaimanapun, sehingga kini keadaan kanak-kanak tersebut masih belum diketahui. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram