'Macam siram bunga', aksi santai lelaki cuba padam kebakaran besar jadi bualan


  • Benua
  • Selasa, 27 Sep 2022

Tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki cuba memadamkan api kebakaran dia atas bumbung sebuah rumah.

TULAR satu video di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dengan selamba cuba memadamkan api kebakaran yang sedang marak di sebuah bangunan.

Kelihatan pemuda berbaju putih itu berdiri di atas bumbung sebuah rumah sedang menyiram air menggunakan hos bersaiz ke atas api yang sedang marak itu.

Kejadian itu dipercayai di salah sebuah daerah di Indonesia tetapi tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Video tersebut turut memaparkan asap hitam yang berkepul-kepul menyelubungi udara di kawasan tersebut, namun lelaki itu sedikit pun tidak gerun dan terus memanjat bangunan tersebut sambil mencuba memadamkan api yang sedang marak itu.

Turut kelihatan orang awam sedang membantu sekumpulan anggota bomba sedang yang baru tiba di lokasi berkenaan.

Tiada maklumat lanjut diperolehi tentang kejadian itu sama ada punca kebakaran atau jenis bangunan yang terbakar itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kebakaran, Bangunan Terbakar, Bomba, Benua,