SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun yang sedang berdua-duaan dengan kekasihnya di dalam sebuah khemah maut disambar petir dalam kejadian yang berlaku di Serang, Indonesia pada Jumaat.
Mangsa, Ikhwanul Muslimin maut di lokasi kejadian manakala pasangannya mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sumber yang enggan namanya didedahkan berkata, ketika kejadian, pasangan itu sedang berdua-duaan di dalam khemah di Wisata Agro Bukit Waruwangi, Serang, Indonesia.
"Lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa perempuan baru saja sedarkan diri di hospital.
"Setakat ini kita belum tahu lagi maklumat peribadi remaja perempuan itu dan belum mengambil keterangan daripadanya berhubung kejadian," katanya.
Sementara itu, saksi yang berada di lokasi kejadian berkata, keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berkaitan tragedi itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram