Van kena 'telan' lubang besar di Jalan Kepong


  • Massa
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Sebuah van terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di Jalan Kepong pada Jumaat.

SEORANG pemandu van berdepan detik cemas selepas kenderaannya dipandunya itu terperosok ke dalam lubang besar (sinkhole) di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi pada Jumaat itu mengakibatkan sebahagian kenderaan tersebut 'ditelan' ke dalam lubang berkenaan.

Pemandu van yang hanya mahu dikenali sebagai Kuah berkata, dia dalam perjalanan ke Sungai Buloh apabila menyedari bahagian belakang kenderaan terbabit terperosok ke dalam lubang.

“Saya keluar dari van untuk selamatkan diri. Terdapat takungan air di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, polis menutup kawasan itu serta-merta dan melencongkan lalu-lintas.

“Punca lubang tersebut belum dapat dipastikan tetapi terdapat banyak air yang keluar dari dalamnya.

“Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Air Selangor memberi respons pantas dengan menghantar pegawai mereka ke lokasi untuk melihat keadaan.

“DBKL berjaya menarik keluar van tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi,” katanya.

DBKL bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram