Pakej Faisal Halim, Khuzaimi Piee jika dapat tandatangan Tan Cheng Hoe? CEO Selangor FC respons 3 ‘transfer’ mega


  • Podium
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Selain Selangor, Cheng Hoe juga dikaitkan kembali ke pangkuan pasukan lamanya iaitu Kedah. — Agensi

KECOH dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila difahamkan Selangor FC sudah berjaya mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Menurut laporan daripada Flash Sukan, bekas jurulatih Kedah itu dilaporkan sudah mencapai persetujuan menyertai Selangor FC sekali gus menggantikan tempat Michael Feichtenbeiner.

Berdasarkan laman sesawang berkenaan, satu kenyataan rasmi bakal diumumkan oleh pengurusan skuad The Red Giants dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menafikan dakwaan bahawa pihak Selangor FC sudah berjaya menandatangani Cheng Hoe.

Screenshot 2022-09-23 at 6.06.19 PM

Johan Kamal menafikan dakwaan mengenai pihak Selangor FC sudah berjaya menandatangani Cheng Hoe. — Agensi

Johan Kamal berkata, ia hanya khabar angin yang sedang tersebar kerana pihak pengurusan skuad Gergasi Merah masih menimbangkan beberapa calon untuk mengendali kelab tersebut.

Namun, beliau tidak menolak bahawa jurulatih berusia 54 tahun itu berkemungkinan antara calon pilihan Selangor FC.

“Tak nafikan Cheng Hoe memang jurulatih yang amat berpengalaman dah mempunyai kredibiliti yang besar dalam Liga Malaysia.

"Tapi kami ada banyak calon-calon lain yang kami tengah pertimbangkan. Calon-calon lain kami itu kini masih mempunyai jawatan dalam kelab lain.

“Ia masih khabar angin. Cheng Hoe memang mempunyai banyak pengalaman. Jadi, beliau mungkin salah seorang dalam senarai kami,” katanya kepada Majoriti.

FAISAL HALUMMM

Faisal antara calon pemain baharu Selangor FCmusim depan Facebook/FAM

Dalam pada itu, Johan Kamal turut menafikan rumours bahawa Selangor FC sudah menawarkan kontrak kepada dua tonggak kebangsaan, Faisal Halim dan Ahmad Khuzaimi Piee untuk bersama kelab itu musim depan.

“Faisal Halim dan Khuzaimi pun hanya khabar angin yang kami dah tandatangan. Offer pun tiada lagi sebab tunggu jurulatih dulu, baru ada pemain.

“Kami akan umumkan pemain baharu lepas sudah ada pengumuman mengenai ketua jurulatih,” ujarnya.

Kali terakhir Cheng Hoe menguruskan pasukan Liga Malaysia ialah ketika beliau mengendalikan pasukan Kedah Darul Aman pada musim 2017 dan bersama pasukan itu, jurulatih tersebut memenangi gelaran Liga Perdana pada 2015.

Cheng Hoe juga membawa Kedah menjulang Piala Malaysia pada 2016 yang mana ketika itu, skuad Sang Kenari menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti di pentas akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram