[VIDEO] Staf kolej ‘naik hantu’ kaki tangankan pelajar


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Video itu dirakamkan secara tersembunyi oleh salah seorang pelajar yang berada di kelas tersebut.

TULAR satu video memaparkan seorang kakitangan di sebuah kolej melakukan keganasan terhadap seorang pelajar lelaki, Jumaat minggu lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sri Chaitanya di Tadigadapa, India.

Rakaman video itu memaparkan, kakitangan tersebut menampar dan menendang pelajar lelaki berkenaan sebanyak beberapa kali.

Namun, pelajar itu dilihat tidak melawan dan hanya berdiri di tempat duduknya sambil menahan kesakitan.

Difahamkan, video itu dirakamkan secara tersembunyi oleh salah seorang pelajar yang berada di kelas tersebut.

Dalam perkembangan lain, pihak organisasi advokasi pelajar, Students Federation of India (SFI) menggesa pihak pengurusan kolej supaya mengambil tindakan terhadap kakitangan tersebut.

Pada masa sama, pengguna Twitter turut menuntut supaya kakitangan kolej itu dihukum kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram