[VIDEO] Peniaga berebut tapak muntah-muntah, pening kepala selepas zakar kena hentak lutut


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Lelaki yang menendang alat kemaluan mangsa (dua dari kiri) ditahan polis pada hari sama kejadian berlaku di Indonesia. — Agensi

SEORANG peniaga mengalami muntah dan pening kepala selepas alat kemaluannya ditendang seorang lelaki dalam satu kejadian di Lapangan Mataram, Indonesia pada Jumaat minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas mangsa berang kerana tempat perniagaannya diambil orang lain.

Namun, ketika pertengkaran itu berlaku, datang seorang lelaki yang secara tiba-tiba menendang alat kemaluan mangsa menggunakan lutut.

Mangsa kemudian terjatuh sambil sambil menahan kesakitan sebelum ditendang seorang lagi lelaki lain.

Akibatnya, mangsa dilaporkan mengalami muntah-muntah dan pening kepala akibat tendangan kuat di kemaluannya.

Sementara itu, Ketua Polis Pekalongan Kota, Wahyu Rohadi berkata, kedua-dua suspek telah ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada hari sama.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara lima tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram