Ratusan ribu iringi perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II ke tempat persemadian


  • Benua
  • Isnin, 19 Sep 2022

RIBUAN rakyat hadir memberi penghormatan terakhir pada upacara pengebumian Ratu Elizabeth II. — Twitter

RATUSAN ribu rakyat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II dalam upacara persemadian yang diadakan pada Isnin.

Malahan, upacara itu turut disiarkan secara langsung dan disaksikan penduduk di seluruh dunia.

Ratu Elizabeth menghembuskan nafas terakhir pada 8 September lalu ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

Dilaporkan, rakyat sudah mula berkumpul di jalan raya utama yang menjadi laluan keranda ibu kepada Raja Charles III yang dibawa dengan protokol istana.

FdBpJD9WYAMQJka

Perarakan keranda Ratu Elizabeth II yang dilakukan mengikut istiadat istana. — Twitter

Ratu Elizabeth II disemadikan di sebuah gereja kecil Raja George VI di Istana Windsor, Berkshire, England.

Perarakan keranda Ratu Elizabeth diketuai Raja Charles diikuti Putera Wales, Duke of Sussex, Duke of York dan kerabat diraja lain ke Wellington Arc di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.

Perarakan juga melalui Istana Buckingham sebelum dibawa ke gereja untuk upacara seterusnya.

FdBxrwSWIAAbllT

Keranda yang membawa Ratu Elizabeth II. — Twitter

Selain ribuan rakyat, turut hadir adalah pemimpin utama di seluruh negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram