Saham melonjak, penyerang TFC II jadi buruan kelab gergasi Liga Super


  • Podium
  • Selasa, 20 Sep 2022

Prestasi membanggakan Wan Fazli membuatkan beberapa pasukan Liga Super mengintai untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan. — Facebook

SAHAM pemain Terengganu FC II (TFC II), Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali tiba-tiba mencanak selepas dia muncul penjaring terbanyak bagi pasukan Hitam Putih dalam Liga Perdana musim ini.

Prestasi membanggakan itu membuatkan beberapa pasukan Liga Super mengintai untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

"Pemain ini menjadi rebutan dua kelab gergasi Liga Super," tulis laman Facebook Peteh Ganu Peteh.

Rata-rata penyokong berasakan tidak salah jika penyerang utama skuad Sang Penyu kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu berhijrah ke pasukan lain di Pantai Timur.

305627507_769483894007450_6672470086967386281_n

Wan Fazli pernah membantu pasukan Piala Presiden Terengganu muncul juara pada 2018. — Facebook

"Kalau nak pergi team lain, baik pergi Kelantan atau Pahang...sekurang-kurangnya kuatkan team Pantai Timur," kata Max Jgax.

"Kelantan FC antara salah satu," ujar Izat Kimie.

"Hati-hati pilih team nanti dik, silap pilih boleh rosak karier," kata Afiq Misni pula.

Sepanjang musim ini, penjaring terbanyak Piala Presiden 2019 dengan meledak 15 gol itu menjaringkan lapan gol selepas diangkat menjadi penyerang utama sesudah pemain import, Jordan Mintah beraksi bersama Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada pertengahan liga.

Pemain berketinggian 1.74 meter itu juga pernah membantu pasukan Piala Presiden Terengganu muncul juara pada 2018 dan naib juara pada 2017 sebelum menyertai pasukan TFC II selama tiga musim bermula 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram