Laung azan sebelum mengamuk, lelaki ditahan bikin kecoh dalam pesawat


  • Benua
  • Isnin, 19 Sep 2022

Tangkap layar video seorang lelaki warga Pakistan yang mengamuk di dalam sebuah kapal terbang. — Agensi

SEORANG penumpang warga Pakistan dibawa keluar daripada kapal terbang dalam penerbangan ke Dubai kerana membuat kecoh pada Isnin.

Kejadian berlaku di dalam kapal terbang Pakistan International Airlines yang dalam perjalanan dari Peshawar itu.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat seperti dirasuk sebelum menendang tingkap kapal terbang dan cuba bergaduh dengan kru penerbangan.

Menurut kru penerbangan, penumpang itu pada mulanya bangun secara tiba-tiba dan melaungkan azan sebelum solat di tengah laluan antara tempat duduk.

Kemudian, lelaki itu baring di tengah laluan tersebut sebelum ditegur kru penerbangan.

Tindakan lelaki itu menimbulkan rasa panik dalam kalangan penumpang dan ketika kru penerbangan mahu menenangkan penumpang itu, dia cuba melawan.

Sewaktu tiba di Dubai, penumpang itu terus di bawa keluar dan ditahan pihak berkuasa kerana cuba membuat kekacauan dalam penerbangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram