[VIDEO] Wanita mengamuk dihalau keluar bilik hotel, rahsia curang bersama polis dibongkar suami


  • Benua
  • Isnin, 19 Sep 2022

Wanita berkenaan memberikan alasan berlaku curang kerana dihalau suaminya keluar dari rumah.

TULAR satu video seorang wanita mengamuk setelah rahsia hubungan sulitnya bersama seorang anggota polis terbongkar.

Dalam video berkenaan memaparkan suami kepada wanita itu telah menghalau kedua-dua pasangan curang tersebut dari bilik hotel.

Namun apa yang menjadi tumpuan dalam video itu adalah tindakan wanita tersebut yang dilihat berang dan marah pada suaminya.

Dalam video itu turut menunjukkan wanita berbaju hitam berkenaan mengeluarkan kata-kata kasar dan menjerit pada suaminya.

Wanita berkenaan memberikan alasan berlaku curang kerana dihalau suaminya keluar dari rumah.

Turut kelihatan seorang lelaki dipercayai polis yang menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan cuba beredar dari tempat kejadian.

Menurut suami kepada wanita tersebut, 'kekasih gelap' isterinya itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Moramo,Sulawesi Tenggara, Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Curang, Isteri Kantoi, Kekasih Gelap, Polis,