SEORANG wanita 'minah salih' dengan selamba membuang air kecil di dalam gerabak MRT di Jurong East pada Jumaat.
Video tersebut sempat dirakam seorang pengguna MRT tersebut kira-kira pukul 11 malam dalam keadaan wanita itu mencangkung.
"Wanita itu kencing di dalam kereta api dan kawannya yang bercakap bahasa asing (mungkin bahasa Jerman) telah berlalu pergi seolah-olah tidak mengenalinya.
"Saya pasti itu adalah air kencing kerana ketika kami menaiki gerabak, saya dan rakan sempat berbual berkenaan wanita itu yang dilihat seperti mabuk atau kulit mukanya terbakar (kemerah-merahan).
"Kemudian, dalam keadaan mencangkung, kami mula perasan ada air yang mengalir dan hampir terkena kasut saya.
"Saya kemudian mendapati air itu mengalir daripada dia dan mula merakam video tersebut," kata Joanne.
Selain kencing di dalam gerabak, wanita berkenaan juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam pengangkutan awam.
Ini bukan kali pertama kejadian kencing di dalam MRT berlaku di Singapura kerana bulan lalu, situasi sama juga terjadi dan tular di media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram