Berjalan atas air ala 'ninja', penduduk syak lelaki amal ilmu hitam


  • Benua
  • Ahad, 18 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan di atas permukaan air sambil membawa bungkusan di belakangnya.

KEBOLEHAN seorang lelaki berjalan di atas air mengundang perhatian ramai apabila dia dianggap salah seorang anggota 'ninja' dari Jepun.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu memaparkan dia seolah-olah berjalan di atas permukaan air sambil memikul bungkusan di belakangnya.

Dikongsikan oleh salah seorang pekerja di jeti berhampiran kawasan terbabit, kejadian yang berlaku di Indonesia itu hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.

Turut hairan dengan apa yang dilihat, pemilik akaun @user525188706 cuba merapatkan lensa kamera ke arah lelaki berkenaan bagi mendapatkan visual lebih jelas.

Menurutnya, kejadian di daerah Sungai Raya Kalimantan Barat itu sememangnya berlaku dan ia bukanlah hasil suntingan video atau rekaan semata-mata.

"Video itu dirakamkan dari jeti Kampung Pulau Limbung, sebelum saya beredar bersama pekerja lain.

"Rakaman itu diambil ketika air surut, maka sekiranya air sedang surut secara tidak langsung kawasan tengah perairan akan menjadi cetek.

"Jadi apabila orang itu berjalan di tengah sungai, ia kelihatan seolah-olah sedang bergerak di atas air," katanya.

Menerima lebih 900,000 jumlah tontonan, netizen turut meninggalkan komen berhubung kejadian pelik itu.

"Pelik bagaimana dia boleh berjalan atas air, mungkin mengamalkan ilmu 'ninja' ataupun ajaran mistik," kata anwarzaidi.

"Saya tak percaya dia boleh buat begitu, si perakam pasti sudah menyunting video dan memuat naik di laman media," tambah danielvictory.

"Sudah seperti dalam rancangan anime Jepun, tiada orang yang boleh berjalan atas air melainkan dia seorang ninja," primayudhist.

Tidak menyangka video tersebut akan tular, pemilik video berkenaan mengaku bahawa tindakannya itu hanya sekadar gurauan dan perkongsian mesra yang sengaja dilakukan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram