Piala Asia B-20: Langkah Harimau Muda terhenti


  • Podium
  • Ahad, 18 Sep 2022

PASUKAN Bawah 19 tahun (B-19) negara gagal ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di Uzbekistan tahun depan ekoran kemenangan Mongolia 6-0 ke atas Sri Lanka pada perlawanan petang Ahad di Stadium MFF, Ulaanbatar.

Kemenangan luar jangka yang direkodkan Mongolia dalam aksi terakhir Kumpulan E itu menyaksikan pasukan tuan rumah itu merampas kedudukan kedua kumpulan dari Malaysia yang jatuh ke tangga ketiga.

Mongolia dan Malaysia berkongsi empat mata, namun pasukan tuan rumah memiliki kelebihan jaringan.

306660915_783150799424825_478371144607411631_n

Jadual kedudukan kumpulan E yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook rasmi mereka.

Nasib Mongolia sama ada layak atau tidak ke pusingan akhir kejohanan itu juga samar dan perlu menunggu keputusan keseluruhan daripada kumpulan lain.

Ini kerana berdasarkan format hanya lima naib juara terbaik daripada 10 kumpulan yang akan mendapat tiket ke pusingan akhir di Uzbekistan pada Mac 2023.

Korea Selatan yang muncul juara Kumpulan E selepas menewaskan Malaysia 6-2 pada sebelah tengah hari layak secara automatik ke pusingan akhir. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

piala asia b-20, harimau muda,