Geng remaja pecah masuk McDonald's, ugut pekerja sebelum sapu licin semua makanan


  • Benua
  • Rabu, 24 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan remaja sedang merampas semua makanan serta minuman di restoran McDonald's.

TULAR di media sosial apabila sekumpulan 50 remaja telah memecah masuk restoran McDonald's dan mencuri kesemua makanan serta minuman di situ.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pusat bandar Nottingham, England apabila mereka dikatakan melompat masuk ke kaunter dan dapur restoran untuk mencuri makanan sambil disaksikan kesemua pekerja di situ yang dalam ketakutan.

Difahamkan, kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 sehingga 16 tahun dan ketika rompakan sedang berlangsung, sebahagian daripadanya bertindak merakam perbuatan ganas itu menerusi telefon pintar masing-masing sebelum ianya tular di laman media.

Polis dalam satu kenyataan melaporkan kira-kira 20 daripada mereka telah melakukan kes penderaan dan mengancam kakitangan pekerja di premis itu.

Menurut laporan, mereka kemudiannya mensasarkan sebuah lagi restoran di Milton Street, Nottingham, kira-kira sejam kemudian namun meninggalkan tempat kejadian sebaik pegawai polis tiba.

"Kami memandang serius kejadian ini kerana sekumpulan pelajar itu telah memecah masuk ke dapur premis perniagaan dan mencuri makanan serta minuman ringan. Ia sama sekali tidak boleh diterima," kata polis dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, pihak polis tidak menahan sesiapa pun dalam kalangan pencuri itu dan beranggapan bahawa ianya hanya satu kejadian kecurian yang tidak membahayakan nyawa orang ramai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram