TINDAKAN seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita mengundang perhatian apabila perbuatannya tertangkap menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Gwalior, Madhya Pradesh, India.
Orang ramai mula membuat aduan berhubung kejadian tersebut apabila kes kecurian itu difahamkan kerap terjadi di kawasan itu.
Menurut salah seorang mangsa, suspek dipercayai mula mencuri sejak seminggu yang lalu dan orang ramai turut kehilangan wang akibat daripada kes berkenaan.
Rakaman kamera (CCTV) menunjukkan lelaki itu mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita dan kemudiannya melarikan diri sebaik selesai mengambil barangan peribadi itu.
Menurut laporan semasa, pencuri berseluar hitam dan berbaju kuning itu dikatakan mempunyai motif tersendiri apabila menjadikan pakaian dalam sebagai sasaran.
Berikutan aduan yang difailkan penduduk, perbuatan itu sengaja dilakukan kerana pencuri percaya pakaian dalam merupakan lokasi simpanan wang terutamanya bagi wanita.
Susulan kes berkenaan, keluarga lain turut tampil membuat aduan yang sama apabila mereka turut kehilangan sejumlah wang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram