PEMINAT permainan konsol pasti kecewa kerana Konsol Sony Playstation 5 (PS5) yang sangat sukar dibeli kerana ketiadaan stok, pada Ogos diumumkan harganya meningkat lebih mahal.
Sony pada awalnya mengumumkan kenaikan harga untuk pasaran besar seperti di Eropah, China, Jepun dan Kanada tetap tidak lama kemudian, pengumuman ini disusuli oleh Sony untuk pasaran di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia.
Harga baru Sony PS5 di Malaysia kini adalah:
- PlayStation 5 Digital Edition dengan RM2,069 (harga lama RM1,869)
- PlayStation 5 Blu-Ray dengan RM2,499 (harga lama RM2,299)
Kenaikan harga untuk Digital Edition adalah 10.7% manakala model Blu-Ray naik harga 8.7%. Ini boleh dikatakan tidak terlalu tinggi, memandangkan kenaikan harga di negara lain mencecah sehingga 23.8%.
Sony menjelaskan, kenaikan harga ini adalah perlu kerana suasana ekonomi global semasa dan kesannya kepada perniagaan mereka.
Keutamaan Sony masa kini adalah untuk meningkatkan pengeluaran PS5 supaya lebih ramai peminat boleh mendapatkannya.
Kenaikan harga untuk Digital Edition adalah 10.7% manakala model Blu-Ray naik harga 8.7%. — Agensi
Sementara itu Majoriti mendapatkan seorang pengguna Konsol Sony Playstation, Ku Aliff Qayyum, 29, menyatakan orang ramai terpaksa menghadapi kenaikan harga tersebut kerana sekadar inflasi semakin meningkat.
"Berikutan perihal kadar inflasi naik, jelas sekali semua barangan akan naik harga tak terkecuali permainan elektronik, PS5.
"Hakikat yang perlu kita hadapi adalah tekanan kadar inflasi semakin meningkat dan kenaikan harga mungkin akan membataskan keperluan pengguna tegar permainan elektronik Playstation.
"Kos sara hidup makin tinggi dan purata gaji yang rendah rakyat Malaysia memberi tekanan meluas dalam membeli barang-barangan bukan keperluan.
"Sekiranya perkara sebegini berlanjutan saya percaya kehendak pengguna akan berkurangan," katanya pada Majoriti.
Kenaikan harga PS5 itu akan membuka peluang reseller untuk menaikan harga lebih tinggi dari sedia ada. — Agensi
Dalam pada itu menjengah di ruangan komen Facebook, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan kenaikan harga PS5.
Mereka berpendapat kenaikan harga PS5 itu akan membuka peluang penjual (reseller) untuk menaikan harga lebih tinggi dari sedia ada.
"Stok tak ada lepas itu tahu-tahu harga PS5 naik, memang taklah saya nak beli PS5 ini nak lagi reseller nanti markup harga nanti," kata Mohd Zulfikiri.
"Harga nak naik tak ada masalah, cuma stok itu masalah selalu tak ada sahaja," jelas Muhammad Ismail Bin Harun.
"Asyik harga berita PS5 naik sahaja, macam mana pula dengan berita stok adakah kembali normal," ujar Penjejak Badai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram