Bukan setakat pinjam Akhyar, 3 lagi nama 'meterai' kerjasama TMJ-RMS


  • Podium
  • Selasa, 13 Sep 2022

Rata-rata penyokong Gergasi Merah mahu JDT meminjamkan tiga pemain mereka sebagai bukti simbolik kerjasama.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertemu dengan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor (RMS) pada Ahad untuk tujuan perbincangan bola sepak.

Menurut kenyataan rasmi daripada Facebook Johor Southern Tigers (JST), tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dengan Selangor sambil berbincang mengenai pembangunan bola sepak.

“Kedua-dua kelab saling berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan," kata kenyataan tersebut.

Pertemuan dua mata ini difahamkan adalah bertujuan untuk berkongsi idea daripada kedua-dua belah kelab terutamanya berkaitan cara untuk menambah baik Liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.

Perjumpaan dua anak raja itu turut mendapat reaksi positif dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan mungkin bakal menyaksikan persaingan yang lebih berkualiti dalam Liga Malaysia.

306283446_502584651873268_3603992780361854142_n

Pertemuan dua mata ini difahamkan adalah bertujuan untuk berkongsi idea daripada kedua-dua belah kelab terutamanya berkaitan cara untuk menambah baik Liga Malaysia. Facebook/Selangor FC

Namun di ruangan komen Facebook, rata-rata penyokong Gergasi Merah mahu JDT meminjam tiga pemain mereka sebagai bukti simbolik kerjasama di antara dua gergasi pasukan tanah air.

"Pinjam Akhyar Rashid bagi musim 2023, jadikan bukti kerjasama antara JDT dan Selangor," kata Palatao_bola.

"Bagi pinjam Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan Shafiq Ahmad dengan klausa masa lawan JDT boleh digunakan," jelas Agenda_akhirzaman.

"Dapat bawa balik Adam Nor Azlin pun okay juga daripada dia duduk bangku simpanan, lebih baik bagi dia main dengan Selangor semula," ujar Mohd Afiq.

"Pemain sayap Selangor musim ini tak berapa padu, kalau JDT boleh pinjamkan Akhyar padu juga," luah Fuad Azman.

305824349_2384095778420374_4356493128064206465_n

Perjumpaan dua anak raja itu turut mendapat reaksi positif dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. — Facebook/JDT

Transformasi yang dilakukan oleh TMJ jelas semakin menjadi ikutan oleh pasukan lain, hasilnya JDT berjaya meraih pelbagai trofi sejak 2013 termasuk Piala AFC sekali gus mengharumkan nama negara di pentas Asia.

Pasukan Harimau Selatan yang kini sudah pun mengorak langkah di pentas tertinggi bola sepak Asia dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) pastinya mampu memberi impak kepada Selangor yang turut dalam misi melangkah ke Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram