'Pagi-pagi dah buat dosa,' CCTV rakam lelaki curi beg tangan jemaah masjid


  • Tular
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Suspek melakukan jenayah curi semasa jemaah wanita sedang menunaikan solat subuh.

PERBUATAN seorang lelaki mencuri beg tangan wanita di Masjid Batu 9, Kampung Medan, Selangor pada Jumaat berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi video tersebut, menunjukkan seorang lelaki berseluar jeans dan baju warna biru cair menutup kepalanya dengan menggunakan topi keledar masuk ke ruang solat jemaah wanita dan melarikan sebuah beg.

Ketika kejadian, suspek melakukan jenayah curi semasa jemaah wanita sedang menunaikan solat subuh.

Video berdurasi 35 saat itu tular di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

"Sihat tubuh badan janganlah buat kerja macam ini, pergi buat kerja halal cari rezeki untuk keluarga jangan bagi duit haram," kata Meor Shamsudin.

"Begitu keji sifat manusia apabila mereka sanggup melakukan dosa di rumah Allah, semoga dia cepat dipertemukan hidayah," jelas Megat Shafik.

"Kesian jemaah wanita itu, bangun-bangun dari sujud tengok beg dah hilang, semoga pihak polis dapat tangkap orang itu dengan cepat," ujar Nur Syafiqa.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram