Wanita sedang solat Maghrib hilang nyawa angkara anak kandung


  • Benua
  • Ahad, 11 Sep 2022

Suspek lelaki (kanan) yang ditahan polis kerana membunuh ibunya sendiri. — Agensi

SEORANG wanita yang sedang menunaikan solat Maghrib maut ditikam anaknya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kota Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia pada Sabtu.

Video kejadian tular di media sosial dan rakaman yang tersebar ketika suspek sedang ditahan pihak berkuasa.

Menurut maklumat awal, lelaki itu telah ditahan sejurus kejadian berlaku oleh penduduk kampung.

Malah, ada penduduk kampung yang sempat bertanya tentang motifnya melakukan perkara tersebut namun tidak diendahkan oleh pelaku.

Polis dalam satu kenyataan ringkas berkata, motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, warganet di media sosial ternyata berang dengan tindakan lelaki itu yang tergamak menikam ibunya sendiri.

Malah, ada yang membuat andaian perkara itu berkemungkinan terjadi kerana masalah dadah atau kewangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram