KERAJAAN akan berusaha memperkasakan peruntukan pelaburan dalam penjagaan komuniti yang lebih baik bagi pesakit dementia yang kurang berkemampuan di negara ini.
Beliau berkata demikian selepas mendedahkan bapa mertuanya, yang juga Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini mengalami penyakit dementia.
"Pak Lah (Abdullah) kini menghidap dementia.
“Adalah satu cabaran bagi kami melihat fungsi kognitifnya semakin merosot.
"Sesetengah orang mungkin menyedari keadaan beliau tetapi bukan semua.
"Sehubungan itu, kami sekeluarga memutuskan untuk berkongsi perkara ini secara terbuka untuk memberi penerangan tentang dementia dan gangguan kognitif.
“Ini juga sebabnya dia tidak lagi dilihat di khalayak ramai,” ciap Khairy di halaman Twitter miliknya pada Ahad.
Khairy berkata, keluarganya bagaimanapun bernasib baik kerana dapat memberikan penjagaan profesional untuk Pak Lah.
Khairy berkata, Kertas Putih Kesihatan #HWP, @KKMPutrajaya akan memastikan lebih banyak dana dalam penjagaan sosial untuk masyarakat
"Namun begitu,ada keluarga yang tidak dapat berbuat demikian. Justeru, adalah penting untuk mendapatkan sokongan penjagaan sosial bagi membantu keluarga yang memerlukan penjagaan berterusan."
"Sebagai sebahagian daripada mengukuhkan penjagaan berasaskan komuniti di bawah Kertas Putih Kesihatan #HWP, @KKMPutrajaya akan memastikan lebih banyak dana dalam penjagaan sosial untuk masyarakat yang tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya secara persendirian," katanya
Ketika berucap merasmikan Konferens Perubatan Psikologi Malaysia 2022 , Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keadaan Abdullah,yang kini berusia 83 tahun, merosot sehingga ke tahap beliau tidak mengingati orang di sekelilingnya.
Beliau berkata, bekas perdana menteri itu, yang berusia 83 tahun mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan kognitif sejurus selepas bersara daripada politik pada 2009 dan sejak itu semakin teruk.
Khairy berkata, beliau menyaksikan bagaimana ibu mentuanya, Tun Jeanne Abdullah melalui masa-masa sukar dalam menjaga bapa mertuanya itu kerana pesakit dementia memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa.
Khairy turut meminta doa daripada orang ramai untuk Abdullah. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram